PENYELENGGARAAN DAN PENGANGKUTAN
Usungan Bagi Seorang Pemberi Pertolongan

Kaedah menopang

  1. Berdiri di sebelah mangsa, iaitu di bahagian yang tercedera.Letakkan lengan mangsa itu di atas tengkuk anda.Peganglah pergelangan tangan mangsa.
  2. Letakkan sebelah lagi tangan anda di sekeliling punggung mangsa itu.pautlah pinggang atau tali pinggang untuk menopang mangsa.
  3. Gerakkan kaki di bahagian dalam.Melangkahlah perlahan-lahan mengikut langkah mangsa tersebut.Satu tongkat mungkin boleh diberi kepada mangsa sebagai sokongan tambahan.Beri keyakinan pada mangsa itu.
Kaedah Mengheret Atau Menarik
  1. Letakkan lengan mangsa pada dadanya.Anda hendaklah mengcangkung di belakang mangsa itu dan letakkan lengan anda di bawah ketiak mangsa tersebut.Teguhkan tangan anda dan heretlah mangsa itu.
  2. Jika mangsa itu boleh duduk, silangkan tangannya pada dada, dan letakkan tangan anda di bawah ketiak mangsa tersebut.Kemudian genggam tangannya dengan teguh dan heret mangsa tersebut.
KAEDAH MENDUKUNG
  1. Anda hendaklah mencangkung di sebelah mangsa kecederaan.Letakkan lengan anda pada tubuh badan mangsa kecederaan iaitu di atas pada pinggang.
  2. Letakkan sebelah lagi tangan anda di bawah paha mangsa itu.Rapatkan badan mangsa terhadap anda dan angkat.
Kaedah Menggendong
  1. Anda hendaklah membongkok di depan mangsa itu.Belakang anda hendaklah mengadap mangsa.Mintalah mangsa itu meletakkan lengannya di sekeliling leher anda.
  2. Peganglah dengan erat akan paha mangsa dan bangun perlaha-lahan.Belakang anda hendaklah tegak dan lurus.
Usungan Bagi Dua Orang Pemberi Pertolongan Cemas

Kaedah Duduk Dua Tangan

  1. Anda hendaklah mencangkung mengadap antara satu sama lain di kanan dan di kiri mangsa tersebut.Silangkan lengan anda di belakang mangsa dan paut pada tali pinggang mangsa itu.
  2. Letakkan sebelah lagi tangan anda di bawah lutut mangsa.Pautlah pergelangan tangan antara satu sama lain.Bawalah lengan anda tang bercantum ke tengah-tengah paha mangsa itu.
  3. Rapatkan diri anda pada mangsa itu.Dengan meluruskan belakang anda , bangun perlahan-lahan dan angkat mangsa secara serentak.
Kaedah Usungan Kerusi Roda
  1. Buka lipatan kerusi.Buka tempat duduknya dan pastikan ia boleh menahan berat badan mangsa itu.
  2. Dudukkan mangsa pada kerusi.Silangkan lengannya.Letakkan kakinya pada bar kerusi dan ikatlah badannya dengan tali pengikat.
  3. Sendengkannya dan tolak ke depan.Jika melalui sebarang halangan atau sudut jalan, taruk kerusi ke belakang.
  4. Jika anda terpaksa menaiki dan menuruni tangga, sendengkan kerusi ke belakang.Mintalah bantuan dari pembantu anda untuk mengangkat kerusi.Mangsa hendaklah sentiasa mengadap ke bawah tangga ketika anda mengusungnya.
Pengusung

Pengusung Kanvas Dan Batang Kayu

  1. Lipat ke tengah bahagian hujung kanvas supaya ia menjadi tiga segi atau empat lipatan.Ulanglah pada bahagian hujung yang satu lagi
  2. Dengan perlahan-lahan masukkan lipatan di bawah mangsa yang terbaring.Anda dan pembantu anda hendaklah bekerja di kanan dan kiri mangsa itu.Tariklah sebahagian daripada kanvas ke arah kaki mangsa.
  3. Tarik sebahgian dari kanvas ke arah kepala mangsa.
  4. Masukkan kayu pembawa pada lengan kanvas.
  5. Pasangkan bar perentang pada hujung kayu pembawa untuk menegakkannya.
Pengusung Yang Diubahsuai

    Walaupun pengusung boleh diubahsuai dalam sesuatu kecemasan, tetapi adalah lebih baik untuk menunggu bantuan peralatan.Jika anda terpaksa memindahkan mangsa kecederaan ke tempat perlindungan, sediakan pengusung ubahsuai dengan menggunakan alat-alat yang mendatar semertu daun pintu atau papan-papan iklan dan kayu. Sebagai contoh penggunaan kaya dan baju.Sorongkan kayu menerusi lengan baju tebal atau jeket (Lihat rajah di bawah).Anda hendaklah menguji kekuatan pengusung ubahsuai ini sebelum menggunakannya.

Pengusung Penyelamat

    Terdapat beberapa jenis pengusung yang di reka kahs untuk mengakat mangsa kecederaan dari tempat-tempat yang sukar untuk dilalui oleh kenderaan seperti terowong, bukit, lombong dan jurang.
    Dua jenis pengusung yang lazim dugunakan ailah pengsung "paraguard" dan pengusung "Neil Robertson" (lihat rajah di bawah).Kedua-dua pengusung ini dereka bentuk untuk mengusung mangsa secara vertikal atau horizontal dari tempat-tempat yang sukat.Mangsa itu  akan dibungkus ke dalam pengusung dan kemudian di seret atau di angkat ke tempat yang selamat.Pengusung-pengusung ini hanya digunakan oleh pasukan penyelamat yang terlatih.

Usungan Gebar

  1. Gulung gebar memanjang setengah dari ukuran gebar.Letakkan gulungan ini pada belakang bangsa.Golekkan mangsa pada sisinya dan letakkan gulungan terhadap belakangnya.
  2. Golekkan semula mangsa ke atas gulungan ngebar pada sebelah lagi.Buka gulungan yang cukup untuk membaringkan mangsa di atasnya.
  3. Gulung gebar dengan kemas pada sisi mangsa,Gulungan ini bertindak sebagai pemegang.
  4. Dua orang pembawa hendaklah mencangkung pada sisi mangsa dan kakinya.Pegang dengan erat gulungan gebar.
  5. Dengan arahan, keempat-empat pembawa hendaklah mengangkat dan mengusung mangsa itu dengan serentak dan perlahan-lahan.
Membawa Pengusung
  1. Setiap pembawa berdiri pada setiap pengusung.Jika terdapat hanya tiga pembawa, dua hendaklah berdiri di bahagian kepala dang seorang di bahagian mangsa.
  2. Setiap pembawa mencangkung dan memegang erat pemengang pengusung.Dengan mengikut arahan, mereka hendaklah bangun dengan serentak dan berdiri sambil mengusung pengusung pada paras yang sama tinggi.
  3. Dengan mengikut arahan selanjutnnya, pembawa hendaklah melangkah dengan kaki yang hampir pada pengusung bergerak dahulu.Langkah hendaklah pendek dan perlahan.
  4. Untuk menurunkan mangsa, pembawa hendaklah berhenti mengikut arahan.Pembawa hendaklah mencangkung mengikut arahan seterusnya dan meletakkan pengusung perlahan-lahan di atas tanah.